Monday, 9 December 2019

HAII ASSALAMUALAIKUM BUAT PEMBACA ENTRI PADA KALI INI.

Hari ni Sya berkesempatan untuk berkongsi tentang produk yang pernah viral di media sosial yang menyebabkan Sya ingin cuba bagi mengatasi masalah kulit Sya☺.  Sya yakin kat luar sana ramai yang dah cuba pelbagai produk termasuk di drugstore ataupun tempatan. Dulu Sya pernah guna satu produk tempatan T*** agak terkenal sehingga Sya terus beli Hahaha. Lepas tengok feedback dan testimoni produk tu cantik flawless kulitnya kita pun tak pikir panjang terus. Pada permulaan penggunaan produk T*** jujur Sya cakap kulit putih bersih, jerawat pun tak naik. Lama kelamaan Sya berhenti guna produk tu sebab tak ada duit dan nak berjimat. Jerawat naik dan kulit cepat sunburn😓. Sya perasan kulit Sya semakin menipis dan akhirnya ku insaf huahua.

Sya plan nak pulihkan balik skin jadi Sya pergi Watsons dan Guardian untuk survey produk apa yang bagus untuk pulihkan skin balik.

Tadaaa ini ialah Simple Facial Wash, Sya beli trial set dulu yang kecik terdapat 3 botol iaitu CLENSER, TONER, MOISTURIZER. Setelah nampak hasil yang baik Sya terus beli botol besar yang ini. Mula penggunaan kulit sangat lembut dan licin seperti bayi hiks. Apa yang Sya suka tentang facial wash  ni dia tidak membuat kulit menjadi iritasi ataupun tertarik / tegang selepas pencuciannya. Sesuai digunakan bagi mereka yang mempunyai kulit sensetif.

*Teksturnya berbentuk cair dan tiada berwarna jernih.
*Tiada haruman kerana menggunakan bahan semulajadi.
*Tiada alkohol

Harga : RM20++ ( anggaran)

Ini satu-satunya toner kesukaan Sya😍. Sya dah menggunakan toner ni selama 2 tahun dan kulit Sya serasi dengan toner ni. Apa yang Sya suka tentang toner ni ialah mengandungi Vitamin B5, Witch Hazel yang membantu mencerahkan kulit dan Allantoin. Sekali sapuan pada kulit terasa sangat segar, bersih dan lembut. Sebotol toner ini mampu bertahan selama 3 bulan bergantung kepada cara penggunaan. Biasanya Sya akan guna selepas mandi bagi mengekalkan pH kulit selepas pencucian muka. Dapat membantu mengecutkan jerawat dan memudarkan parut.

Cara penggunaan : Titiskan di telapak tangan dan usap ke wajah sambil tepuk tepuk (tips dari Korea rutin) atau titiskan ke atas kapas.

Harga : RM 16++ (kalau ada promosi lagi murah)

Disebabkan Sya selalu tidur lambat bagi menyiapkan assignment maka muncul la eyebag. Sya menggunakan REVITALISING EYE ROLL-ON daripada Simple. Sya confius jugak tak tahu nak pilih brand apa sebab banyak sangat. Bagi Sya untuk menghilangkan hitam di bawah mata agakla sukar dan perlu konsisten penggunaannya. Bila sapu di bawah mata automatik rasa sejuk dan segar.

Cara penggunaan : sapu di kawasan bawah mata sebelum tidur. Lakukan setiap hari.

Harga : RM20++

SELAMAT MENCUBA.....











No comments:

Post a Comment